PM Lee gesa pembangkang berterus terang tentang pendirian terhadap Rizab SG dalam pilihan raya akan datang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (7 Feb) mencabar parti-parti pembangkang untuk membangkitkan idea masing-masing berhubung rizab Singapura dalam kempen pilihan raya akan datang dan mempertahankan usulan-usulan mereka itu.
Ini sekiranya mereka benar-benar percaya bahawa Singapura harus mengeluarkan lebih banyak dana daripada rizab negara.
PM Lee berkata demikian di tengah-tengah perbahasan Parlimen, di mana Anggota Parlimen (AP) pembangkang menggesa pemerintah supaya mendedahkan jumlah rizab Singapura dan mengkaji semula dasar penggunaannya.
"Hakikatnya, dalam (negara) demokrasi seperti Singapura, berhubung isu-isu besar seperti ini, rakyatlah yang akan membuat keputusan. PAP (Parti Tindakan Rakyat) yakin ini adalah pendekatan yang tepat untuk Singapura. Selagi pemerintah PAP mentadbir negara ini, inilah yang akan kami lakukan," kata PM Lee.
Mencabar pihak pembangkang, beliau berkata: "Jika ada mana-mana parti pembangkang fikir bahawa ini bukan pendekatan yang tepat, jika mereka benar-benar percaya Singapura perlu menggunakan lebih banyak wang daripada rizab negara, kemukakannya semasa kempen pilihan raya. Ketengahkannya. Katakan anda mahu menyentuh, anda mahu membelanjakan, anda mahu mengubah peraturan."
PM Lee berkata demikian dalam usul yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai dan NCMP Hazel Poa daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), yang menggesa pemerintah supaya mengkaji semula Belanjawan semasa dan dasar penyimpanan rizab agar dapat membantu rakyat Singapura meringankan beban kewangan mereka dan meningkatkan mutu kehidupan mereka.
PM Lee berkata pemerintah selama ini telah mengkaji cara untuk melindungi rizab negara sejak 1984.
Untuk melindunginya daripada tekanan politik yang menggesa lebih banyak dana dikeluarkan,Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, telah mengusulkan idea untuk mewujudkan seorang Presiden Dipilih,yang memegang kuasa perlembagaan untuk melindungi rizab negara sebagai kunci kedua.
PM Lee berkata topik tentang mengeluarkan dana daripada rizab negara telah banyak dibincangkan di Parlimen sejak bertahun-tahun.
Beliau menukil contoh mantan AP Parti Pekerja Low Thia Khiang, yang pada 2009 mempersoalkan mengapa pemerintah memilih untuk mengeluarkan dana daripada rizab negara,sedangkan pemerintah ketika itu mempunyai cukup simpanan untuk membiayai langkah-langkah bantuan semasa krisis kewangan global.
PM Lee menambah bahawa Encik Low kemudian memuji pemerintah kerana memulangkan semula wang kepada rizab negara.
PM Lee berkata secara amnya, dalam negara demokrasi seperti Singapura, orang ramai akan memberi tumpuan kepada isu-isu besar seperti pengurusan rizab negara.
Maka itu, beliau mencabar pihak pembangkang untuk berkempen tentang hal tersebut dalam pilihan raya akan datang.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.