Skip to main content

Singapura

PM Lee gesa orang ramai waspada terhadap teknologi 'deepfake' selepas video 'palsu belaka' disebar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Dec 2023 02:24PM Dikemas Kini : 29 Dec 2023 10:30PM
SINGAPURA: Sebuah video yang kononnya menunjukkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mempromosikan produk pelaburan disebar secara online, menggariskan bahaya kecerdasan buatan (AI) dan penggunaannya untuk menyebar maklumat yang salah.

PM Lee pada Jumaat (29 Dis) meminta orang ramai supaya tidak memberi respons kepada video penipuan yang menjanjikan pulangan terjamin bagi pelaburan atau pemberian hadiah secara percuma.

"(Penipu) merubah rakaman asli kita yang diambil daripada acara rasmi menjadi video yang sangat meyakinkan tetapi sebenarnya palsu belaka, kononnya untuk menyatakan apa yang kita tidak pernah sebutkan sama sekali," tulisnya dalam catatannya di laman Facebook.
PM Lee menambah bahawa penggunaan teknologi 'deepfake' untuk menyebar maklumat yang salah "akan semakin meluas".

"Kita mesti sentiasa berwaspada dan belajar untuk melindungi diri kita dan orang-orang yang tersayang daripada penipuan sedemikian."

Dalam video palsu itu, PM Lee dilihat seperti diwawancara oleh penyampai berita dari rangkaian berita China CGTN. Mereka membincangkan peluang pelaburan yang kononnya diluluskan pemerintah Singapura, sambil merujuknya sebagai "platform pelaburan yang membawa revolusi dan direka oleh Elon Musk".

Video tersebut diakhiri dengan penyampai berita menggesa penonton supaya menekan pautan bagi mendaftar untuk platform tersebut demi meraih "pendapatan secara tidak langsung".

Video 'deepfake' itu nampaknya diubah daripada wawancara sebenar dengan PM Lee di Singapura pada bulan Mac.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita