Skip to main content

Singapura

PM Lee gesa AS main peranan pemimpin; perluas kepentingan jangkaui sempadan sendiri

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pentadbiran Biden mungkin lebih terbuka kepada perdagangan berbilang pihak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Nov 2020 08:40PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 09:33PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pentadbiran Biden mungkin lebih terbuka kepada perdagangan berbilang pihak.

Encik Lee berkata demikian dalam satu temubual di dialog CEO APEC pada Khamis (19 Nov) di mana beliau menyentuh tentang kepimpinan di Amerika Syarikat di samping isu-isu berkaitan negara-negara anggota ASEAN.

Menurut Encik Lee, masih belum jelas jika Amerika akan menyertai semula Perjanjian Progresif dan Komprehensif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).

Namun, beliau berharap Amerika akan memainkan peranan utama di peringkat sejagat.

Mengenai hubungan China-Amerika, Encik Lee berkata beliau mengesyaki masih terdapat isu-isu sulit untuk ditangani, sedang sikap kedua-dua negara semakin enggan mengalah.

Namun beliau menyeru Amerika meluaskan kepentingannya, melampaui sempadannya sendiri.

Encik Lee berharap akan ada pendekatan lebih sistematik yang mengambil kira kepentingan lebih luas Amerika, bukan saja imbangan dagangan tetapi juga hubungan menyeluruh dengan China dan kepentingan lebih luas Amerika di Asia Pasifik dan dunia.

Menurutnya, Amerika harus memainkan peranan pemimpin sebagai kuasa paling kuat di dunia, menunjukkan dunia boleh menjadi tempat yang selamat untuk negara-negara kecil dan besar.

Kepentingan Amerika kata Encik Lee, tidak harus bermakna laluan sukar mengatasi kepentingan negara-negara lain. 

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita