Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee gesa APEC perluas aliran perdagangan agar lebih terbuka & bebas

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee gesa APEC perluas aliran perdagangan agar lebih terbuka & bebas

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (APEC) yang ke-29. (Gambar: ATHIT PERAWONGMETHA / POOL / AFP)

SINGAPURA: Semasa berucap di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (APEC) yang ke-29,Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian kepada pentingnya negara-negara meningkatkan usaha bagi memastikan agar aliran perdagangan menjadi lebih terbuka dan bebas.
Ini memandangkan ramalan ekonomi sejagat yang tidak menentu sekarang dirangsang oleh ketegangan geopolitik yang memuncak.

APEC terdiri daripada 21 ekonomi seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Singapura.

Ekonomi-ekonomi tersebut membentuk lebih 60 peratus daripada GDP global.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi amaran bahawa syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) serta keluarga-keluarga berpendapatan rendah akan menanggung beban persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

Inflasi dan gangguan pada rantaian bekalan juga mengancam untuk menimbulkan risiko baru.

Maka itu, PM Lee berkata APEC mesti berusaha untuk menggalak pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

PM Lee menyarankan ekonomi-ekonomi supaya saling bekerjasama untuk meningkatkan daya tahan dan kecekapan rantaian bekalan global, serta memastikan agar ia kekal terbuka.

Ini dengan menyingkirkan segala gangguan.

Selain itu, ekonomi digital perlu dikembangkan demi memperkasa perniagaan-perniagaan dan rakyat.

Walaupun pandemik COVID-19 sudah mempercepatkan peralihan kepada pendigitalan, undang-undang antarabangsa masih belum diperbaharui.

PM Lee berpendapat bahawa APEC bersedia untuk menerajui usaha itu dengan menghasilkan peraturan digital dan menggalakkan aliran digital rentas sempadan.

Singapura mempunyai perjanjian ekonomi digital dengan negara-negara seperti Australia dan Korea Selatan.

PM Lee menggalak ekonomi-ekonomi agar turut serta perjanjian tersebut.

Perjanjian seumpama itu menetapkan peraturan apabila melaksanakan perdagangan digital.

Melengkapkan rakyat dan perniagaan dengan kemahiran serta pengetahuan yang betul juga penting untuk membantu mereka menghadapi ekonomi pada masa depan.

Singapura, tambah PM Lee, sedang berusaha untuk membantu SME tempatan mengamalkan peralihan digital dengan mengerahkan para penyelidik ke syarikat-syarikat bagi meningkatkan keupayaan inovasi.

Dengan langkah itu, syarikat-syarikat akan dapat meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan