Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee gembira solat tarawih kembali diadakan di masjid, kolong flat; ucap selamat berpuasa kepada umat Islam SG

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee gembira solat tarawih kembali diadakan di masjid, kolong flat; ucap selamat berpuasa kepada umat Islam SG

(Gambar: Lee Hsien Loong/Instagram)

Diterbitkan : 23 Mar 2023 10:46AM Dikemas Kini : 24 Mar 2023 01:08PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menzahirkan penghargaan kepada kumpulan-kumpulan Qaryah dan masyarakat Islam setempat atas kerjasama yang dipaparkan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Encik Lee juga gembira mendapat tahu bahawa kegiatan keagamaan seperti solat tarawih dapat diteruskan semula di 57 masjid, tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran bagi ruang solat.

"Setelah tiga tahun, masyarakat Islam kini dapat sekali lagi menyambut bulan Ramadan seperti sediakala sebelum pandemik melanda," tulis Encik Lee dalam satu catatan di Instagram pada awal Khamis (23 Mac).
Beliau menarik perhatian kepada usaha yang dilaksanakan masjid-masjid bagi menyediakan lebih banyak ruang solat demi menampung jumlah jemaah yang ramai, khususnya di mana terdapat permintaan tinggi dan ruang terhad.
Dalam catatan Instagramnya itu, PM Lee juga menggalakkan masyarakat bukan Islam untuk menyertai rakan-rakan Muslim mereka berbuka puasa bersama-sama.

Orang ramai kini dapat menikmati suasana dan kemeriahan bulan Ramadan, kata perdana menteri, memandangkan langkah-langkah sekatan COVID-19 sudahpun dimansuhkan.

PM Lee menggulung catatannya tersebut dengan ucapan: "Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna".
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan