Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Fumio Kishida adakan mesyuarat dua hala, bincang cara 'perdalam kerjasama'

Perdana Menteri Lee HSien Loong mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Fumio Kishida hari ini (26 Mei), semasa mengadakan lawatan kerja empat hari ke Tokyo.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee, Fumio Kishida adakan mesyuarat dua hala, bincang cara 'perdalam kerjasama'

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 26 May 2022 10:50PM Dikemas Kini : 27 May 2022 12:02AM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee HSien Loong mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Fumio Kishida hari ini (26 Mei), semasa mengadakan lawatan kerja empat hari ke Tokyo.

Kedua-dua pemimpin itu mengesahkan "kerjasama yang panjang dan rapat, disokong oleh kerjasama berbilang aspek serta hubungan erat antara rakyatnya", menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya menyusuli mesyuarat dua hala.

PM Lee dan Encik Kishida juga membincangkan perkembangan antarabangsa dan serantau serta mengesahkan pentingnya untuk mengekalkan rangka kerja serantau yang terbuka dan inklusif, menurut MFA.

KERJASAMA S'PURA, JEPUN

PM Lee dan Encik Kishida membincangkan cara-cara kedua-dua negara boleh memperdalam kerjasama, termasuk dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau, tambah MFA.

Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pemeteraian dua perjanjian hari ini.

Satu ialah Memorandum Kerjasama antara GovTech dengan Agensi Digital Jepun mengenai transformasi digital pemerintah melibatkan pertukaran maklumat tentang rangka kerja pemerintah dan amalan-amalan terbaik berhubung topik seperti identiti digitak, kecerdasan buatan (AI) dan khidmat-khidmat awan atau 'cloud'.

Yang kedua, Memorandum Kerjasama antara Enterprise Singapore dengan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) mengenai kerjasama syarikat-syarikat pemula dan inovasi. Ia menyasarkan untuk merancakkan aliran keluar masuk para usahawan dan perusahaan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua perdana menteri juga melancarkan Dialog Ekonomi Jepun-Singapura (JSED).

Menurut MFA, PM Lee juga memaklumkan kepada Encik Kishida tentang keputusan Singapura untuk menyertai Expo Osaka pada 2025.
Sumber : CNA/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan