Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Dr Mahathir adakan pertemuan di Putrajaya pada Selasa bagi Retreat Pemimpin S'pura-M'sia ke-9

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada Selasa (9 Apr) bagi Retreat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-9.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2019 06:00PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 11:39PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada Selasa (9 Apr) bagi Retreat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-9.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi Retreat tahunan itu kali ini yang merupakan wadah bagi kedua-dua pemimpin untuk membincangkan isu-isu dua hala sambil meneroka bidang-bidang kerjasama baru.

PM Lee akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Dr Mahathir pada pagi esok disusuli oleh mesyuarat delegasi melibatkan para menteri.

Dr Mahathir kemudian akan meraikan PM Lee dan rombongannya dalam satu jamuan tengah hari.

PM Lee diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Kewangan Heng Swee Keat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong serta Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

Inilah kali pertama Kerajaan Pakatan Harapan Malaysia menjadi tuan rumah Retreat tersebut sejak ia mengambil alih kuasa pada Mei tahun lalu.

Pakar-pakar mengatakan pertemuan tersebut mencerminkan kesediaan kedua-dua negara untuk mengadakan perbincangan terus-terang mengenai isu-isu dua hala yang tertunggak. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan