Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee dijangka bincang perdagangan, daya tahan rantaian bekalan dan perubahan iklim di Sidang APEC

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong sudah tiba di San Francisco untuk menghadiri Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mengadakan beberapa rundingan dua hala.

Selain itu, PM Lee juga akan mengadakan pertemuan dengan gergasi-gergasi teknologi di Silicon Valley.

Menerusi catatan di akaun Facebooknya, PM Lee turut berkongsi, beliau berada di San Francisco untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30 atas undangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
PM Lee, bersama rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara lain, akan membincangkan isu-isu seperti perdagangan, daya tahan rantaian bekalan dan perubahan iklim.

Ini selain usaha untuk menjamin masa depan yang adil dan inklusif.

PM Lee juga akan bertemu dengan para pemimpin perniagaan dan warga Singapura yang bekerja dan menetap di Amerika.

PM Lee menambah, mesyuarat kali ini besar kemungkinan adalah yang terakhir baginya sebagai Perdana Menteri.

PM Lee mengakhiri perkongsiannya itu dengan melahirkan harapan agar mesyuarat dan rundingan yang diadakan akan membuahkan hasil yang produktif dan bermanfaat.
Sumber : BERITA Mediacorp/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan