Skip to main content

Singapura

PM Lee dijadual bertemu dengan PM Jepun semasa lawatan kerja ke Tokyo

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee dijadual bertemu dengan PM Jepun semasa lawatan kerja ke Tokyo

Gambar: MCI

Diterbitkan : 23 May 2022 08:40PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan kerja selama empat hari ke Tokyo dari 24 sehingga 27 Mei bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia yang dianjurkan oleh Nikkei.

Semasa lawatan tersebut, PM Lee juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida serta para pemimpin politik dan perniagaan Jepun yang lain, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (23 Mei).

Kedua-dua pemimpin itu pernah mengadakan pertemuan pada September 2019 semasa Encik Kishida menyampaikan ucapan dasar di Sidang Puncak Singapura ketika beliau menyandang jawatan pengerusi majlis penyelidikan dasar Parti Demokratik Liberal.

PM Lee akan menyampaikan ucaptamanya di persidangan itu pada 26 Mei.

PM Lee akan diiringi oleh Cik Lee, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng, Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Menteri Bertanggungjawab bagi Teknologi Pemerintah dan Menteri Negara Kanan Kesihatan Janil Puthucheary.

Para pegawai dari PMO, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) juga akan mengiringi beliau.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean akan memangku tugas Perdana Menteri semasa PM Lee berada di luar negara.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita