PM Lee cuti hingga 31 Dis; Teo Chee Hean jadi pemangku Perdana Menteri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kenzo Tribouillard/AFP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengambil cuti mulai 19 Disember hingga 31 Disember.
Demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Ahad (18 Dis).
Sewaktu ketiadaan beliau, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean akan menggalas tugas selaku Pemangku Perdana Menteri.
Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad, PM Lee berkata: "Saya akan bercuti sehingga hujung tahun. Saya akan memberikan kemas kini sekiranya ternampak apa-apa menarik. Sementara itu, nikmati musim perayaan ini bersama rakan dan keluarga anda. Jaga keselamatan dan kesihatan semasa meraikannya."
Catatan PM Lee itu diiringi gambar Grand-Place di Brussels, Belgium.

PM Lee melakukan lawatan rasmi ke Kiel, Jerman awal minggu ini untuk merasmikan pelancaran dua kapal selam Tentera Laut Singapura.
Beliau juga menghadiri sidang puncak khas di Brussels pada Rabu (14 Dis) sempena 45 tahun hubungan diplomatik antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.