Skip to main content

Singapura

PM Lee, Canselor Jerman tegaskan hubungan & kerjasama ASEAN dan EU sebagai kepentingan strategik

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee, Canselor Jerman tegaskan hubungan & kerjasama ASEAN dan EU sebagai kepentingan strategik

(Gambar: Gregor Fischer / AFP)

KIEL, Jerman: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Canselor Jerman Olaf Scholz menegaskan bahawa hubungan serta kerjasama antara ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU), adalah satu kepentingan strategik.

Kenyataan tersebut dibuat menjelang Sidang Puncak Peringatan ASEAN-EU yang akan berlangsung pada Rabu (14 Dis) di Brussels.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu buat kali kedua tahun ini di bandar Kiel di utara Jerman.
Selain hubungan ekonomi dan pertahanan sedia ada, kedua-dua pihak menyatakan minat untuk meluaskan kerjasama dalam bidang-bidang seperti inovasi, perubahan iklim dan ekonomi hijau.

Kerjasama tersebut, khususnya, untuk menyokong perdagangan bebas dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan sebagai rakan kongsi strategik bagi menangani masalah sejagat.
Sumber : CNA/LL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita