PM Lee, Canselor Jerman Olaf Scholz alu-alukan kerjasama dua hala
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Canselor Jerman Olaf Scholz mengalu-alukan kemajuan cemerlang hubungan dua hala, serta bersetuju untuk memperdalam lagi bidang-bidang kerjasama sedia ada termasuk perdagangan dan pelaburan serta pertahanan.
Ini selain daripada memacu kerjasama dalam bidang-bidang baru seperti tenaga mampan dan tindakan iklim.
Selepas pertemuan mereka pada Isnin (14 Nov), kedua-dua pemimpin mengeluarkan satu Perisytiharan Bersama yang melakarkan hala tuju hubungan dan kerjasama dua hala.
Dalam sidang media bersama kemudian, PM Lee berkata adalah penting bagi negara-negara seperti Jerman dan Singapura untuk menangani cabaran-cabaran bersama yang dihadapi Asia dan Eropah.
PM Lee berkata pihaknya akan terus bertindak dalam rangka kerja berbilang hala di bawah pimpinan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) demi menegakkan orde dunia berasaskan undang-undang.
Ini demi menggalak keamanan, kestabilan dan kerjasama.
Ini merupakan lawatan pertama Encik Scholz ke Singapura selaku Canselor Jerman.
PM Lee berkata, kunjungan Encik Scholz ke Asia mencerminkan minat mendalam Jerman terhadap rantau ini.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.