Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee bertemu Presiden Biden di luar Sidang Puncak G20

Pertemuan dua hala selama sejam itu adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Encik Joe Biden sandang jawatan presiden AS.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee bertemu Presiden Biden di luar Sidang Puncak G20

Perdana Menteri S'pura Lee Hsien Loong (kiri) bersama Presiden AS Joe Biden pada 31 Okt 2021 di luar sidang puncak G20 di Rom, Itali. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 01 Nov 2021 11:48AM Dikemas Kini : 01 Nov 2021 11:51AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Ahad (31 Okt) di luar Sidang Puncak G20 di Rome.

Mesyuarat dua hala selama sejam itu adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Encik Biden menyandang jawatan presiden, menurut setiausaha media PM Lee.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin sekali lagi menegaskan pentingnya Kerjasama Strategik Amerika Syarikat-Singapura, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura.

Kedua-dua pemimpin juga saling menyemak peluang untuk terus "mengukuhkan momentum kerjasama" menyusuli lawatan Naib Presiden Kamala Harris ke Singapura pada Ogos.

Encik Biden turut "meluahkan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Singapura khususnya dalam bidang-bidang yang menjadi kepentingan bersama termasuk Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, menegakkan kebebasan laut dan mempertingkatkan daya tahan rantaian bekalan", tambah kedutaan itu.

PM Lee sedang dalam rangka lawatan kerja ke Rome dari 28 Okt hingga 1 Nov bagi menghadiri Sidang Puncak G20.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Australia, Perancis, Jerman, India, Belanda, United Kingdom, Suruhanjaya Eropah dan Majlis Eropah di luar sidang puncak tersebut.

Singapura, walaupun bukan negara anggota G20, adalah tetamu undangan Itali, yang menyandang jawatan Presiden G20 tahun ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan