Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee bertemu Dr Mahathir di Putrajaya; pertemuan pertama sejak PRU14

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2018 12:22PM Dikemas Kini : 20 May 2018 12:36AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini (19 Mei).

PM Lee tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) di Putrajaya pada 11.00 pagi tadi. Beliau merupakan pemimpin asing kedua selepas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Rabu lalu (16 Mei), PM Lee ada mengatakan di Parlimen bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan akan memberitahunya bahawa beliau mengalu-alukan kerjasama dengan Perdana Menteri Malaysia itu demi "manfaat dan kepentingan bersama".

PM Lee turut menambah bahawa beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan Encik Anwar Ibrahim, yang dijangka akan menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kelak.

Khamis lalu (17 Mei), Dr Mahathir berkata bahawa kerajaan baru masih menimbangkan pendiriannya terhadap beberapa isu tertentu. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan berhubung projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan sama ada ia akan dijadikan agenda dalam pertemuan beliau dengan PM Lee.

Satu perjanjian untuk membangunkan HSR dimeterai pada hujung 2016. Namun, baru-baru ini, Dr Mahathir ada mengatakan bahawa kesemua projek besar akan disemak semula oleh kerajaan baru. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan