PM Lee bertemu 700 rakyat SG yang menetap di UAE
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Semasa lawatannya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu dengan 700 rakyat Singapura yang menetap di sana.
Acara tersebut diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan untuk warga Singapura di UAE, sekalipun ia diraikan lewat.
Terdapat 3,000 rakyat Singapura yang tinggal di UAE, sekali gus membentuk jumlah terbesar warga Singapura di Timur Tengah.
Para tetamu di acara tersebut juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan menteri-menteri lain, yang merupakan sebahagian daripada rombongan PM Lee.
Encik Lee berkongsi bahawa beliau berbesar hati untuk menyaksikan warga Singapura berjaya meskipun jauh di perantauan.
"Saya sangat gembira untuk bersembang dengan anda semua, dan berhubung dengan rakyat Singapura yang telah menjelajah ke negara di mana adanya peluang, di mana terdapatnya cabaran, dan anda semua lengkap berpakaian merah dan menjadi kebanggaan negara," ujar PM Lee.
Sementara itu, salah seorang daripada rakyat Singapura di acara tersebut, yang menetap di Dubai, berkongsi: "Saya sudah berada di sini selama 11 tahun. Ini adalah kali pertama PM berkunjung ke Dubai dan kami sangat menanti-nantikan kehadirannya. Anak lelaki saya di sini, jadi kami hanya menunggu untuk melihatnya, untuk lihat Perdana Menterinya."
Seorang lagi rakyat Singapura pula berkata: "Kami mempunyai beberapa rakan rakyat Singapura tetapi kami jelas tidak pernah bertemu dengan jumlah rakyat Singapura yang kita lihat hari ini, jadi agak bagus melihat semua orang berkumpul, melihat semua memakai merah dan putih."
"Ia sangat menyentuh hati, memandangkan saya jarang sekali dapat berada dalam acara seumpama ini. Dan saya dapat rasa kami bersatu, sekalipun berada di luar negara, warga Singapura semuanya bersama," ujar seorang lagi.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.