Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee beri amaran emel COVID-19 minta 'sumbangan' orang ramai adalah palsu

Emel yang kelihatan seperti dihantar oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang meminta "sumbangan dan pandangan" orang ramai sedang Singapura menangani penularan COVID-19 adalah palsu, kata Encik Lee pada Isnin (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee beri amaran emel COVID-19 minta 'sumbangan' orang ramai adalah palsu

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Emel yang kelihatan seperti dihantar oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang meminta "sumbangan dan pandangan" orang ramai sedang Singapura menangani penularan COVID-19 adalah palsu, kata Encik Lee pada Isnin (30 Mac).

Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis, tambah Encik Lee.

"Satu emel palsu seolah-olah dari saya disebarkan online. Emel itu memberi perkembangan terkini tentang keadaan COVID-19 dan mempelawa mereka untuk memberi respons serta sumbangan dan pandangan terhadap keadaan itu," kata Encik Lee dalam satu catatan di Facebooknya.

"Sekiranya anda menerima kiriman emel sedemikian, jangan balas. Selain itu, jangan berikan sebarang maklumat peribadi. Dan jangan menyebarkannya kepada rakan dan keluarga anda," tambah Encik Lee.

Encik Lee turut memuatnaikkan petikan skrin emel palsu itu dalam catatan beliau.

Emel itu mendakwa bahawa ia dihantar menggunakan "akaun peribadi" Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sumbangan mereka terhadap keadaan COVID-19 dan mempelawa kiriman balas.

"Ini adalah para individu jahat yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada krisis sekarang untuk menipu anda. Lebih berwaspada dan jaga keselamatan online."

Mediacorp telah menghubungi Pasukan Polis Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan