Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee bangga atas pengiktirafan dunia terhadap kawal selia HSA

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee bangga atas pengiktirafan dunia terhadap kawal selia HSA

Kakitangan daripada kumpulan kawal selia dan makmal farmaseutikal HSA bekerjasama untuk melindungi kesihatan awam. (Gambar: HSA)

Diterbitkan : 01 Mar 2022 01:08PM Dikemas Kini : 01 Mar 2022 01:08PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menzahirkan rasa bangga bahawa sistem kawal selia ubat-ubatan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kini diiktiraf di mata dunia setelah ia dianugerahi tahap tertinggi baru-baru ini.

Dalam kenyataan medianya pada Isnin (28 Feb), HSA mendedahkan ia dikurniakan pengiktirafan tertinggi - Tahap Kematangan 4 - oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi sistem kawal selia ubat-ubatannya yang maju dan serba canggih.

"Singapura adalah Negara Anggota WHO pertama untuk mencapai pengiktirafan Tahap 4," tulis PM Lee dengan bangga di Facebooknya pada Selasa (1 Mac).

Kini, kata beliau, sistem kawal selia ubat-ubatan HSA diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai beroperasi pada tahap prestasi yang maju dan peningkatan yang berterusan.

"Ia satu pengiktirafan peringkat antarabangsa terhadap piawai tinggi mutu kawal selia HSA," ujar PM Lee.

Perdana Menteri menekankan sebagai sebuah badan kawal selia negara bagi ubat-ubatan, HSA memainkan peranan penting dalam menangani keperluan jagaan kesihatan yang berubah-ubah.

Singapura, tambah PM Lee, sudah meraih manfaat besar daripada proses penilaian HSA yang dipercepatkan bagi mengkaji vaksin-vaksin COVID-19.

"Kita melancarkan program vaksinasi dengan selamat, berkesan dan pantas serta menyelamatkan banyak jiwa."

"Ia memerlukan dedikasi yang tinggi dan banyak kerja keras bagi pasukan HSA untuk mencapai pengiktirafan ini. Tahniah!," ucap PM Lee.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa