PM Lee bakal jumpa Presiden Jokowi di Bogor bagi Rahat Pemimpin SG-Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan ke Bogor pada Isnin (20 Apr) untuk menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang dianjurkan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.
Dalam rahat itu nanti, Encik Lee dan Encik Widodo akan membincangkan tentang "kemajuan ketara" yang dicapai hasil daripada kerjasama dua hala sepanjang kedua-dua pemimpin berkhidmat.
Demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (26 Apr).
Ia termasuk tigak perjanjian di bawah Rangka Kerja Diperluas yang berkuat kuasa bulan lalu. Perjanjian tersebut dimeterai buat kali pertama ketika Rahat Pemimpin di Bintan pada 2022, yang merangkumi pengurusan ruang udara, pertahanan dan ekstradisi penjenayah.

Kemajuan kerjasama dua hala dalam beberapa bidang juga dicapai, termasuk pertahanan, perdagangan dan pelaburan. Semasa pandemik COVID-19, Singapura dan Indonesia juga mengukuhkan kerjasama dalam bidang jagaan kesihtan, tambah PMO.
Apabila mereka bertemu pada Isnin, kedua-dua pemimpin akan menilai kemajuan dalam bidang lain, seperti pertahanan, ekonomi digital dan kemampanan.
Ini adalah pertemuan ketujuh dan yang terakhir buat Encik Lee dan Presiden Widodo, di tengah-tengah peralihan tampuk kepimpinan di kedua-dua negara.
Pertemuan antara pemimpin negara jiran Asia Tenggara itu biasanya diadakan setiap tahun untuk memperdalam hubungan dua hala, kecuali pada 2020 dan 2021 ketika pandemik COVID-19.
Singapura adalah pelabur asing tertinggi Indonesia sejak 2014, dengan pelaburan langsung asing dari Singapura ke Indonesia mencecah S$20.9 bilion pada 2023.
Pada tahun yang sama, perdagangan dua hala mencecah S$94 bilion.
Singapura dan Indonesia juga merupakan antara sumber utama pelawat antara satu sama lain. Pada 2023, Singapura menerima kedatangan 2.3 juta pelancong dari Indonesia, manakala Indonesia menerima 1.4 juta pelancong dari Singapura.
Bagi lawatan akan datang, Encik Lee akan ditemani lapan anggota Kabinet.
Mereka adalah Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.