Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee bakal dikurnia anugerah tertinggi Johor; Ho Ching turut diiktiraf

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, akan melawat Johor pada Jumaat (6 Mei) untuk dikurniakan anugerah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2022 07:48PM Dikemas Kini : 05 May 2022 08:32PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, akan melawat Johor pada Jumaat (6 Mei) untuk dikurniakan anugerah.

PM Lee bakal dianugerahi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Cik Ho pula akan dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).

SPMJ adalah pengiktirafan tertinggi di negeri Johor manakala Cik Ho pula bakal menjadi warga Singapura pertama untuk menerima SMIJ, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PM Lee dan Cik Ho akan melakukan lawatan ke Johor atas undangan Sultan Ibrahim dan majlis istiadat permayshuran anugerah akan diadakan di Istana Besar.

Selepas majlis itu, Sultan akan mengadakan jamuan tengah hari rasmi sebagai penghormatan kepada PM Lee dan Cik Ho.

Anggota kerabat keluarga diraja Johor dan Istana Diraja serta para wakil kerajaan negeri juga akan menghadiri majlis itu.

Sewaktu lawatan itu nanti, PM Lee dan Cik Ho akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam dan para pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Darjah Mahkota Johor meliputi Raja dan tiga pangkat kebesaran yang ditetapkan, di mana SPMJ adalah pangkat pertama.

“Ahli Biasa Darjah itu terdiri daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam dan rakyat pemerintahan Sultan Johor yang mempamerkan kesetiaan, kebijaksanaan dan bakat selain sudah menyumbang khidmat yang tidak ternilai kepada Sultan dan negeri,” menurut PMO penerangan yang disediakan oleh Yang Dipertua Majlis Istana Diraja Johor.

“Orang Melayu dari negeri-negeri lain dan kaum lain, sama ada di bawah pemerintahan Sultan atau sebaliknya dan yang memenuhi kriteria boleh diundang selaku ahli kehormat."

Darjah itu diperkenankan pada Julai 1886. Ahli Darjah termasuk mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong serta mantan Menteri Undang-Undang Singapura E W Barker.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdul Razak, Hussein On, Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Mohd Yassin juga adalah ahli darjah mahkota itu.

Sejak penganugerahannya pada 1886, 237 individu sudahpun dianugerahi darjah kebesaran tersebut.
 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan