PM Lee: ASEAN, Jepun bakal teroka bidang kerjasama baru
ASEAN akan terus meneroka bidang-bidang baru bagi kerjasama dengan Jepun. Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe, di sidang puncak ASEAN-Jepun yang ke-21.
SINGAPURA: ASEAN akan terus meneroka bidang-bidang baru bagi kerjasama dengan Jepun. Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe, di sidang puncak ASEAN-Jepun yang ke-21.
PM Lee berkata Jepun adalah salah satu rakan paling besar ASEAN. Kedua-dua pihak sudah bekerjasama baik dalam bidang-bidang seperti ketersambungan dan keselamatan siber.
Dalam bidang perdagangan, kedua-dua pihak beriltizam untuk mengembangkan hubungan ekonomi dengan memperkukuh Perkongsian Ekonomi Menyeluruh ASEAN-Jepun (RCEP).
Encik Abe pula menggesa supaya kerjasama dengan ASEAN berhubung pengurusan bencana dan usaha tangani perubahan iklim, dipertingkat.
Sebagai negara yang menyokong perdagangan bebas lagi adil, Encik Abe berharap untuk melihat perkongsian rentas pasifik yang lebih perluas serta mencapai kejayaan perjanjian RCEP.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.