Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee alu-alukan permohonan Kanada sertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (31 Mei) mengalu-alukan permohonan Kanada untuk menyertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (DEPA) semasa panggilan telefon dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Permohonan Kanada untuk sertai DEPA akan mengukuhkan lagi kerjasama digital dan ketersambungan antara ekonomi, kata jurucakap 
Pejabat Perdana Menteri (PMO).

DEPA adalah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital pertama yang dimeterai oleh Singapura. 

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Singapura, Chile dan New Zealand pada Jun 2020.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), DEPA mewujudkan pendekatan-pendekatan dan kerjasama baru dalam isu perdagangan digital, menggalak 
keupayaan menggandingkan operasi antara rejim yang berbeza dan untuk menangani isu-isu baru yang timbul disebabkan pendigitalan.

Semasa panggilan telefon itu, kedua-dua perdana menteri mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik antara kedua-dua negara yang merangkumi bidang ekonomi, prasarana, bandar bijak dan keselamatan siber.

PM Lee dan Encik Trudeau membincangkan usaha pendampingan yang semakin giat dilakukan Kanada di rantau Asia Pasifik serta perkembangan antarabangsa dan serantau. Ini juga termasuk keadaan di Ukraine.

Mereka juga mengesahkan semula prinsip dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, tambah jurucakap itu.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan