PM Lee alu-alukan perjanjian lindungi lautan; bangga dengan peranan Rena Lee terajui rundingan PBB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Ehwal Luar, Singapura)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berbesar hati setelah mendapat tahu bahawa negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya mencapai persetujuan yang bersejarah untuk melindungi lautan-lautan dunia selepas mengadakan satu siri rundingan yang dimulakan pada September 2018.
Duta Singapura bagi Lautan dan Undang-Undang Laut, Rena Lee mengumumkan demikian di Persidangan Antara Pemerintah mengenai Biodiversiti Kawasan-Kawasan Di Luar Bidang Kuasa Negara (BBNJ) di ibu pejabat PBB.
Dalam catatannya di Facebook pada Ahad (5 Mac), PM Lee menegaskan bahawa perjanjian tersebut menetapkan had bagi penggunaan mampan dan pemuliharaan biodiversiti yang ditemui di laut lepas.

Kawasan laut lepas menjangkaui bidang kuasa negara-negara anggota PBB, menurut PM Lee.
Buat masa ini, hanya 1 peratus kawasan laut lepas dilindungi sekalipun terdapat banyak kepelbagaian hidupan laut.
Lantaran itu, menurut PM Lee, perjanjian baru itu dipersetujui tepat pada masanya dengan matlamat untuk melindungi kepentingan global secara bersama-sama.
Perjanjian antarabangsa terakhir mengenai perlindungan lautan ditandatangani 40 tahun lalu pada 1982 - Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut - yang turut diterajui oleh seorang lagi warga Singapura, iaitu Duta Kelana Profesor Tommy Koh.
Lautan memainkan peranan penting kepada negeri-negeri pulau seperti Singapura.
Dalam catatan yang sama, PM Lee turut meluahkan rasa bangga atas peranan rakyat Singapura dalam menyumbang dan menerajui usaha tersebut.
Menurut PM Lee, ia adalah satu langkah ke hadapan untuk planet kita dan bagi semua umat manusia yang hidup di Bumi ini.
Sebelum mengakhiri catatannya, PM Lee turut mengucapkan tahniah kepada Cik Lee dan semua delegasi yang telah bekerja keras untuk mencapai matlamat tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.