Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee alu-alukan mesyuarat antara Presiden Biden dengan Xi Jinping

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee alu-alukan mesyuarat antara Presiden Biden dengan Xi Jinping

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 13 Nov 2022 08:16PM Dikemas Kini : 13 Nov 2022 08:17PM
SINGAPURA: Mesyuarat fizikal antara para pemimpin Amerika Syarikat dengan China adalah penting demi menghentikan hubungan dua hala daripada menjadi bertambah buruk.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian semasa bercakap kepada pihak media tempatan di akhir Sidang Puncak ASEAN.

PM Lee sebelum ini menyifatkan hubungan antara Amerika dengan China sebagai "amat penting" di dunia serta boleh menjejas kedamaian dan kestabilan di rantau ini.

Perhatian kini tertumpu kepada Bali.

Ia bakal menjadi tuan rumah kepada mesyuarat yang dinanti-nantikan antara para pemimpin kuasa dunia itu pada minggu depan.

Menyusuli pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dengan Perdana Menteri China Li Keqiang di Sidang Puncak ASEAN di Phnom Penh minggu ini, pertemuan antara pemimpin Amerika itu dengan Presiden China Xi Jinping akan menjadi acara utama semasa Sidang Puncak G20 di pulau peranginan Indonesia itu.
Banyak yang perlu dibincangkan oleh para pemimpin tersebut.

Kedua-dua pihak masih bercanggah pendapat berhubung isu seperti perdagangan dan teknologi.

Menurut PM Lee, interaksi fizikal seumpama itu juga penting bagi ASEAN.

Walaupun negara-negara anggota ASEAN telah bekerjasama semasa pandemik COVID-19 sepanjang dua tahun lalu,

PM Lee berkata para pemimpin mesti bertemu secara bersemuka untuk berbincang, mengadakan rundingan dan menghuraikan masalah yang sukar.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan