Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee alu-alukan kerjasama S'pura-Saudi; luah harapan permintaan tambah kuota jemaah haji dipertimbangkan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee alu-alukan kerjasama S'pura-Saudi; luah harapan permintaan tambah kuota jemaah haji dipertimbangkan

Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong

Diterbitkan : 08 Feb 2022 09:53PM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 09:54PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengalu-alukan usaha untuk mempertingkatkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Arab Saudi.

Ini termasuk kerjasama ekonomi menerusi Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura, dedah PM Lee.

Singapura dan Arab Saudi, menurut PM Lee dalam catatan Facebooknya pada Selasa (8 Feb) akan meraikan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-45 antara kedua-dua negara pada tahun ini.

https://www.facebook.com/leehsienloong/posts/487354582750676

Dalam perbualannya dengan Putera Mahktota Arab Saudi Mohammad Bin Salman melalui panggilan telefon pada hari ini, PM Lee turut melahirkan harapan agar permintaan Singapura untuk menambah kuota jemaah Haji akan dipertimbangkan oleh kerajaan Arab Saudi apabila ibadah itu disambung semula untuk jemaah luar negara.

Dalam perbualannya bersama Putera Mahkota Saudi, PM Lee juga membincangkan kemajuan dan perkembangan di negara itu.

Sebelum mengakhiri catatannya itu, PM Lee juga berkata bahawa beliau berharap dapat bertemu muka dengan Putera Mahkota Saudi itu sebaik saja keadaan mengizinkan mereka untuk berbuat demikian.

Sumber : Sumber Web/AW/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan