PM Lee alu-alu pelibatan semakin meningkat Jepun dengan ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengalu-alukan pelibatan Jepun yang semakin meningkat dengan ASEAN.
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-Jepun.
PM Lee berkata demikian semasa menerima lawatan rasmi pertama Menteri Luar Jepun Hayashi Yoshimasa ke Singapura.
Kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi hubungan erat yang sudah lama terjalin serta kerjasama kukuh antara kedua-dua negara.
Dalam majlis makan tengah hari anjuran Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, kedua-dua rakan sejawatan itu mengiktiraf kemajuan baik dalam kerjasama dua hala, serta rentak pertukaran peringkat tinggi yang kukuh antara Singapura dan Jepun.
Selain itu, mereka juga merancang untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalan bidang-bidang kepentingan bersama.
Encik Hayashi turut dijemput Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam untuk mengunjungi dan menjamu selera di Pusat Makanan Taman Jurong siang tadi (8 Okt).

Sumber : CNA/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.