Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee akan sertai perbincangan keselamatan makanan, tenaga di Sidang Puncak G20

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Bali mulai Isnin (14 Nov) untuk menghadiri sidang puncak ekonomi utama Kumpulan 20 (G20).

Singapura bukan anggota G20 namun dijemput untuk menghadiri sidang puncak yang lalu dan mesyuarat berkaitan sebagai peneraju Kumpulan Tadbir Urus Global (3G).

PM Lee menghadiri mesyuarat itu atas jemputan Presiden Indonesia Joko Widodo selaku Presiden G20 tahun ini, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (14 Nov).

Semasa lawatan beliau, PM Lee akan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai keselamatan makanan dan daya tenaga, kesihatan serta transformasi digital.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin lain di luar sidang kemuncak itu.

PM Lee akan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, yang juga Menteri Kewangan serta Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean, akan memangku jawatan perdana menteri semasa PM Lee berada di luar negara.

Semasa sidang puncak itu, jawatan presiden G20 Indonesia akan mengetuai perbincangan mengenai pemulihan global selepas pandemik yang lebih kukuh dan berdaya bingkas.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dijangka menghadiri sidang kemuncak itu secara maya atas jemputan Encik Widodo.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan