PM Lee akan rasmikan pelancaran kapal selam RSN di Jerman, hadir sidang puncak ASEAN-EU di Brussels
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan rasmi ke Jerman minggu ini, dan menghadiri sidang puncak peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.
Beliau akan melawat Kiel pada Isnin (12 Dis) dan Selasa, di mana beliau akan mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Olaf Scholz.
PM Lee juga akan merasmikan pelancaran dua kapal selam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), iaitu Illustrious dan Impeccable, dalam upacara yang akan turut dihadiri oleh Encik Scholz.
Isteri PM Lee, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan akan mengiringi PM Lee semasa lawatan tersebut.
Mereka akan disertai para pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan RSN.
Pada hari Rabu pula, PM Lee akan menghadiri sidang puncak yang bakal melibatkan pemimpin ASEAN dan Kesatuan Eropah E-U sekali gus buat julung-julung kalinya.
"Sidang puncak peringatan itu sempena menandakan 45 tahun hubungan dialog ASEAN-EU dan menyediakan peluang bagi kedua-dua pihak untuk membincangkan cara mengukuhkan lagi hubungan ASEAN-EU," menurut PMO.
Di Brussels, Encik Lee akan diiringi isterinya dan Dr Balakrishnan serta pegawai dari PMO dan MFA.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan memangku jawatan Perdana Menteri sepanjang Encik Lee berada di luar negara dari 12 hingga 16 Disember.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.