PM Lee akan lakukan lawatan kerja 4 hari ke New York
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. (Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong kini sedang dalam perjalanan menuju ke bandar New York di Amerika Syarikat.
PM Lee akan berada di sana selama empat hari dalam rangka lawatan kerja yang bermula Rabu (24 Jan) sehingga Sabtu (27 Jan).
PM Lee yang ditemani oleh isterinya, Cik Ho Ching, akan diiringi para pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA), menurut satu kenyataan PMO yang dikeluarkan pada Selasa.
Semasa PM Lee berada di luar negara, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan memangku jawatan Perdana Menteri.

Sumber : CNA/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.