PM Lee akan lakukan lawatan ke Brunei bagi majlis perkahwinan Putera Abdul Mateen
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. (Gambar fail: MCI)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melawat Brunei dari Sabtu (13 Jan) hingga Isnin (15 Jan) untuk menghadiri majlis perkahwinan Putera Mateen.
Putera Mateen, 32 tahun, menikahi tunangnya Yang Mulia Anisha Rosnah, 29 tahun, pada Khamis (11 Jan) sebagai sebahagian daripada upacara 10 hari.
Putera Mateen, 32 tahun, menikahi tunangnya Yang Mulia Anisha Rosnah, 29 tahun, pada Khamis (11 Jan) sebagai sebahagian daripada upacara 10 hari.
BACA:
Encik Lee diundang oleh Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, bapa kepada pengantin lelaki. Encik Lee akan diiringi Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, umum Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat (12 Jan).
Semasa ketiadaan PM Lee di Singapura, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula Sabtu sehingga Isnin.
Semasa ketiadaan PM Lee di Singapura, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula Sabtu sehingga Isnin.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.