PM Lee akan hadiri upacara pelantikan Presiden Joko Widodo di Jakarta
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di Jakarta pada hujung minggu ini untuk menghadiri upacara pelantikan Presiden Joko Widodo, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Sabtu (19 Okt).
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di Jakarta pada hujung minggu ini untuk menghadiri upacara pelantikan Presiden Joko Widodo. (Gambar: Feline Lim/Pool/AFP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di Jakarta pada hujung minggu ini untuk menghadiri upacara pelantikan Presiden Joko Widodo, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Sabtu (19 Okt).
Encik Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, akan mengangkat sumpah buat penggal kedua pada Ahad petang di parlimen.
Encik Lee akan menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Widodo secara peribadi, menurut kenyataan itu.
"Perdana Menteri Lee juga akan menegaskan komitmen Singapura untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala sekarang yang cemerlang, termasuk dalam pelbagai bidang kerjasama yang telah dibincangkan semasa Retreat Pemimpin Singapura-Indonesia," tambahnya.
Diadakan awal bulan ini, Retreat Pemimpin itu adalah keempat bagi Encik Lee dengan Encik Widodo dan yang pertama sejak presiden Indonesia itu dilantik semula pada Mei.
Encik Lee akan ditemani oleh isterinya semasa lawatan dua hari ke Jakarta. Menteri Pendidikan Ong Ye Kung dan beberapa pegawai dari PMO dan Kementerian Ehwal Luar juga akan ikut serta dalam lawatan itu.
Semasa ketiadaan beliau, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan menjadi Pemangku Perdana Menteri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.