PM Lee akan hadiri sidang APEC dalam lawatan kerja ke Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan ke San Francisco bagi lawatan kerja selama enam hari, mulai Isnin (13 Nov).
Semasa lawatan berkenaan, Encik Lee akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), atas undangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
PM Lee akan menyertai para pemimpin dunia lain bagi membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan perdagangan dan rantaian bekalan, serta menangani isu-isu perubahan iklim.
San Francisco menjadi tuan rumah sidang puncak APEC yang ke-30 itu. Dihadiri oleh pemimpin dari 21 anggota ekonomi, sidang tersebut merupakan yang pertama dihoskan Amerika sejak 2011. Presiden Biden juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping di luar sidang tersebut.
Tumpuan utama sidang puncak itu ialah untuk melanjutkan usaha yang dicapai dalam tiga sidang puncak sebelum ini.
Ia merupakan asas bagi membina ekonomi lebih mesra alam dan dunia digital.
Pertemuan kali ini akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan peralihan dan pembangunan berkaitan akan meliputi semua pihak.
Isu-isu lain yang dijangka dibincangkan termasuk perang Rusia dengan Ukraine, serta konflik Israel-Hamas.
PM Lee dijangka mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan para pemimpin APEC lainnya di luar sidang tersebut.
Beliau juga dijangka mengambil kesempatan untuk mengukuhkan hubungan Singapura dengan Silicon Valley dan bertemu gabenor California.
Selain itu, PM Lee akan mengunjungi firma-firma terkemuka Amerika, termasuk Apple dan syarikat induk Google, Alphabet.
Beliau juga akan melancarkan pejabat Enterprise Singapore di San Francisco dan bertemu rakyat Singapura yang bermastautin di wilayah itu.
Beliau akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dan para pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA), dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akan menjadi Pemangku Perdana Menteri ketika PM Lee mengadakan lawatan tersebut.

Sumber : CNA/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.