PM Lee akan hadiri Mesyuarat Pemimpin SG-Australia & Sidang Puncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan ke Melbourne, Australia dari 4 hingga 6 Mac.
Beliau akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia yang ke-9 serta Sidang Puncak Khas ASEAN-Australia.
PM Lee dan rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese akan membincangkan kerjasama dua hala serta hal-hal serantau dan antarabangsa semasa Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia.
Mereka dijangka mengadakan sidang media bersama selepas pertemuan itu.
Memandangkan Australia merupakan Rakan Dialog paling awal ASEAN, satu Sidang Puncak Khas dianjurkan bagi memperingati 50 tahun Hubungan Dialog ASEAN-Australia.
Di persidangan itu, para pemimpin ASEAN dijangka akan berkongsi pandangan, mengenai cara untuk terus bekerjasama dengan Australia bagi membina sebuah rantau yang terbuka, inklusif dan stabil.
PM Lee akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.
Semasa PM Lee berada di luar negara, DPM Lawrence Wong akan memangku tugas Perdana Menteri.

Sumber : CNA/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.