Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee akan hadiri CHOGM di Rwanda; bincang isu serantau dan global

Anggaran Waktu Membaca:
RWANDA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berkunjung ke Rwanda bermula esok (23 Jun) hingga Isnin depan (27 Jun).

Beliau ke sana bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM), iaitu kali pertama dalam empat tahun sidang puncak itu diadakan.

Bagi tiga hari pertama, PM Lee akan bertemu dengan para pemimpin lain CHOGM di mana mereka dijadual membincangkan isu-su serantau dan global.

PM Lee juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan para pemimpin CHOGM lain.

Pada dua hari terakhir lawatan tersebut, beliau akan bertemu dengan Presiden Rwanda, Paul Kagame, bagi lawatan rasmi dua hari.

Tahun lalu, Singapura dan Rwanda memeterai pelbagai perjanjian ekonomi digital, yang termasuk bidang teknologi baru, pemerintah digital dan keselamatan siber.

Kunjungan terbaru itu dijangka akan meluaskan lagi hubungan dua hala.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan