Skip to main content

Singapura

PM Lee akan berucap tentang situasi COVID-19 di S'pura esok

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Mar 2022 05:36PM Dikemas Kini : 23 Mar 2022 08:47PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan memberikan kemas kini situasi COVID-19 di Singapura dalam ucapan yang akan disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen pada pukul 11.00 pagi pada Khamis (24 Mac). 

"Saya akan mengulas tentang situasi di sini dan langkah-langkah seterusnya dalam siaran langsung pada pukul 11.00 pagi esok. Anda boleh menyaksikannya di akaun Facebook saya atau di saluran-saluran Mediacorp," menurut PM Lee dalam satu catatan di Facebook hari ini (23 Mac). 

"Situasi COVID-19 kini semakin pulih, dengan gelombang Omicron semakin merosot. Penduduk Singapura juga sedang belajar untuk hidup dengan virus itu." 

Kali terakhir PM Lee berucap kepada negara adalah pada 9 Oktober tahun lalu apabila beliau berkongsi mengenai "laluan Singapura ke arah norma baru".

"Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan dan mungkin sehingga enam bulan untuk mencapai norma baru ini," kata beliau sewaktu ucapan itu. 

"Sedang tekanan yang berdepan sistem jagaan kesihatan semakin berkurangan, kami boleh melonggarkan sekatan. Namun, kami harus lakukannya dengan berhati-hati untuk mengelak tercetusnya gelombong baru lagi." 

Pada 18 Mac, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata walaupun gelombang Omicron sudah melepasi kemuncaknya, hospital-hospital masih "sangat sibuk dan tertekan" akibat jumlah pesakit yang tiada hubung kait dengan COVID-19 di jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E). 

Langkah-langkah COVID-19 diperkemas di Singapura bermula pada 15 Mac, meliputi aspek-aspek seperti penjarakan sosial, jumlah pengunjung ke rumah  dan juga had kapasiti acara. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita