Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee akan bercuti hingga 19 Jun; Lawrence Wong pemangku perdana menteri

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee akan bercuti hingga 19 Jun; Lawrence Wong pemangku perdana menteri

(Gambar: MCI)

Diterbitkan : 12 Jun 2022 06:27PM Dikemas Kini : 12 Jun 2022 07:25PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti selama seminggu mulai Isnin (13 Jun) sehingga 19 Jun, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad (12 Jun). 

Semasa PM Lee sedang bercuti, Menteri Kewangan Lawrence Wong akan memangku jawatan Perdana Menteri. 

Encik Wong juga akan dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri mulai Isnin (13 Jun) dan akan memegang kedua-dua portfolio secara serentak. 

Pada April, Encik Wong dipilih sebagai ketua pasukan pemimpin generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau pasukan 4G, sekali gus membuka laluan untuk beliau menjadi Perdana Menteri seterusnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan