Skip to main content

Singapura

PM Lee adakan lawatan rasmi ke China esok

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan rasmi enam hari ke China bermula Isnin (27 Mac) hingga Sabtu (1 April), atas undangan Perdana Menteri baru China Li Qiang.

PM Lee akan memulakan rangka lawatannya itu di Guangdong, sebelum menghadiri forum Bo'ao di Hainan di mana beliau akan menyampaikan ucapan.

Beliau akan mengakhiri lawatannya di ibu kota Beijing dan bertemu dengan Presiden China Xi Jinping dan PM Li Qiang.

PM Lee akan ditemani isterinya, Cik Ho Ching dan beberapa orang menteri.

Semasa PM Lee berada di luar negara, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Teo Chee Hean akan berganti-ganti menjadi Pemangku Perdana Menteri.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita