PM Lee adakan lawatan ke Australia bagi mesyuarat pemimpin 16-18 Okt
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucaptamanya di Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) pada 9 September 2022. (Gambar: MCI)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong bakal melawat Australia mulai esok hingga Selasa, 18 Oktober.
Ini bagi Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin Singapura-Australia yang ketujuh.
PM Lee akan bertemu dengan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese buat kali pertama sejak beliau mengambil alih jawatan Mei lalu.
Semasa PM Lee berada di luar negara, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong akan memangku jawatan Perdana Menteri.
Di Australia nanti, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan hubungan dua hala serta bertukar pandangan tentang perkembangan di peringkat serantau dan global.
Kedua-dua Perdana Menteri juga bakal mengadakan mesyuarat delegasi, diikuti satu sidang media.
PM Lee juga dijangka menemui para pemimpin kanan sektor niaga serta ahli-ahli akademik Australia.
PM Lee akan diiringi Menteri Luar Vivian Balakrishnan dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, serta para pegawai pemerintah yang lain.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.