PM Lawrence Wong rasmikan mural masyarakat SG60, tanda perpaduan dan kemajuan masyarakat Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong merasmikan sebuah mural masyarakat SG60 sebagai tanda perpaduan dan kemajuan masyarakat Melayu/Islam sepanjang enam dekad ini.
Majlis menandakan selesainya mewarnai mural tersebut diadakan di acara "SG60 Bersama: Satu Hati, Seribu Bakti" yang diadakan di Wisma Geylang Serai pada Sabtu (29 Nov).
Mural yang terletak di Wisma Geylang Serai itu diwarnai para penduduk, persatuan dan relawan dan mengambil masa sekitar sembilan bulan untuk disiapkan, selepas dirasmikan juga oleh PM Wong pada Februari lalu.
Mural tersebut dilukis Encik Fish Jaafar dari Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD), hasil daripada perbincangannya dengan para anggota masyarakat.
Motifnya berinspirasikan batik, diserikan dengan suasana kampung serta gambaran budaya Melayu seperti silat, tarian, muzik dan dikir barat.

Di acara tersebut, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim turut mendedahkan kemajuan yang telah dicapai kumpulan kerja SG60 Bersama.
Berkongsi di dalam ucapannya, Dr Faishal berkata bahawa kumpulan kerja SG60 Bersama berjaya menarik lebih 200,000 peserta melalui lebih 60 inisiatif anjurannya yang meraikan warisan dan memperkukuh ikatan kemasyarakatan.
"Apabila kami memulakan inisiatif ini, kami tahu kami ingin melakukan sesuatu yang istimewa sempena 60 tahun kemerdekaan Singapura. SG60 Bersama akhirnya menjadi lebih daripada sekadar satu sambutan," ujar Dr Faishal semasa berucap sebelum kemuncak acara pada Sabtu (29 Nov).
"Ia cerminan sumbangan luar biasa masyarakat Melayu/Islam kepada kisah perjalanan negara kita."
Kumpulan kerja SG60 Bersama diketuai Dr Faishal Ibrahim dan dianggotai wakil daripada 11 pertubuhan Melayu/Islam serta lima pemimpin masyarakat.
Kumpulan itu antara lain merancang dan menyelaras acara-acara SG60, dengan Wisma Geylang Serai berperanan sebagai sekretariat yang menyokong pembangunan program, komunikasi dan penglibatan masyarakat.

Mengulas lebih lanjut, Dr Faishal berkata SG60 Bersama melakar inisiatif berdasarkan tiga teras utama iaitu "mengasihi, menghubung dan menyumbang".
Beliau kemudian menyebut bagaimana acara pada Sabtu misalnya menyaksikan penglibatan para relawan, pemimpin akar umbi dan mereka yang menjayakan persembahan - ada yang berbangsa bukan Melayu.

"Apabila mereka melakukan ini, ia mengukuhkan lagi hubungan yang menyatukan kita sebagai satu masyarakat, satu Singapura," kata Dr Faishal lagi.
Acara "SG60 Bersama: Satu Hati, Seribu Bakti" berlangsung dari 8.00 pagi hingga 9.30 malam.
Para pengunjung di Wisma Geylang Serai dapat menyertai pelbagai persembahan dan kegiatan, termasuk mengunjungi Pameran SG60 Bersama yang menampilkan pelbagai kisah kepimpinan, warisan dan kecekalan.
Acara berakhir dengan persembahan Gentarasa 2025 yang menggabungkan tarian tiga budaya sempena meraikan SG60.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.