Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lawrence Wong diuji positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lawrence Wong diuji positif COVID-19

(Gambar: Facebook/Lawrence Wong)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong diuji positif COVID-19 buat kali pertama dan akan mengasingkan diri sementara bekerja dari rumah.

Dalam catatannya di Facebook pada Selasa (3 Dis), PM Wong berkata beliau mengalami sakit tekak semasa bangun waktu pagi selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa negara.

"Pada awalnya saya ingatkan ia hanya selesema biasa. Namun saya baru sahaja mengambil ujian untuk mendapatkan kepastian.

"Rupa-rupanya, saya akhirnya dijangkiti COVID-19!" tulisnya.

"Saya berasa seperti biasa, dan akan mengasingkan diri sementara bekerja dari rumah."

PM Wong baru-baru ini melakukan lawatan ke Bangkok atas undangan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Sebelum itu, beliau menghadiri Sidang Puncak APEC di Peru dan Sidang Puncak G20 di Brazil.

PM Wong turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan vaksin selesema semasa musim cuti hujung tahun dengan lebih ramai orang melancong ke luar negara.

"Sekiranya anda berasa kurang sihat, pakailah pelitup dan ambil langkah-langkah berwaspada untuk melindungi diri anda dan orang tersayang di sekeliling anda," tambahnya.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan