PM Lawrence Wong beri jaminan akan terus semak, kemas kini dasar SG bagi tingkatkan sokongan kepada keluarga
Perdana Menteri Lawrence Wong berikrar akan terus menyemak dan mengemas kini dasar-dasar negara untuk meningkatkan lagi sokongan kepada keluarga.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berikrar akan terus menyemak dan mengemas kini dasar-dasar negara untuk meningkatkan lagi sokongan kepada keluarga.
Selain itu, anjakan minda diperlukan untuk membina Singapura yang lebih mesra keluarga dan ia memerlukan usaha ramai rakan kongsi dan pihak berkepentingan.
PM Wong berkata demikian di majlis pelancaran Pesta Keluarga Nasional.
"Lantaran itu, kami akan terus menyemak dan mengemas kini dasar-dasar untuk menangani pelbagai keprihatinan dan menghulurkan sokongan yang lebih baik kepada keluarga-keluarga di sini."
"Pemerintah juga telah melaksanakan langkah-langkah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, contohnya, mempertingkatkan geran kepada para penjaga atau dengan melabur secara signifikan dalam sektor prasekolah untuk memberi setiap kanak-kanak permulaan yang baik dalam kehidupan mereka," kata PM Wong.
"Kami juga akan menghulurkan sokongan kepada pasangan-pasangan muda untuk membeli flat HDB lebih awal dan melalui SG Lebih Sihat (Healthier SG) dan Sihat Menua SG (Age Well SG), warga emas kita akan kekal aktif dan sihat, di samping dapat meniti usia senja mereka dengan tenang dan bermaruah. Kami akan mengkaji dan mempertimbangkan apa lagi yang boleh dilakukan," kata PM Encik Wong.
PM Wong bagaimanapun menegaskan bahawa perubahan dasar sahaja tidak mencukupi untuk membina hubungan kekeluargaan yang kukuh.
Beliau turut menggesa agar stereotaip diubah, sedang Singapura bergerak ke arah budaya kerja yang menyokong aspirasi kerjaya dan keluarga.
Menurut PM Wong lagi, tiada jalan pintas dan jalan mudah untuk membina hubungan kekeluargaan yang kukuh kerana ia memerlukan usaha, kesabaran dan masa.
"Hakikatnya, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Kerana saya percaya kayu ukur sebenar kejayaan dalam hidup bukan diukur berdasarkan status atau harta benda seseorang, tegas PM Wong.
"Sebaliknya, ia adalah detik-detik yang kita berkongsi bersama anggota keluarga dan orang tersayang - hubungan ini adalah warisan kita dan cerminan sebenar nilai hidup kita," menurut PM Wong.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.