Skip to main content

Singapura

PM Laos Sonexay Siphandone lakukan lawatan sulung ke SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jul 2024 07:29PM Dikemas Kini : 08 Jul 2024 10:18PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone akan melakukan lawatan rasmi sulungnya ke Singapura pada Selasa (9 Jul).

Encik Siphandone dilantik sebagai perdana menteri pada Disember 2023, setelah mantan perdana menteri negara itu Phankgam Viphavanh meletak jawatan atas sebab masalah kesihatan.

Lawatannya ke Singapura akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Isnin (8 Jul).

Encik Siphandone akan disambut secara rasmi di Dewan Parlimen dan akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Beliau juga akan bertemu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, yang akan menjadi tuan rumah bagi jamuan tengah hari untuk beliau.

PM Laos itu juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Di jamuan rasmi itu, kedua-dua perdana menteri itu akan melancarkan logo bagi menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Singapura dengan Laos.

PM Wong dan PM Siphandone juga akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Singapura dan Laos dalam bidang kredit karbon dan kerjasama pendidikan, menurut MFA.

PM Siphandone akan diiringi oleh menteri dan pegawai kanan Laos.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita