PM Laos bakal lawat S'pura secara rasmi buat pertama kali
Perdana Menteri Laos Phankham Viphavanh berjalan melepasi pengawal kehormat, diiringi Jeneral Kemboja Pou Saboddy di Phnom Penh pada 29 Nov 2021. (Gambar fail: Tang Chhin Sothy/AFP)
Beliau akan ditemani oleh isterinya, Cik Sichanh Viphavanh serta para menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan dan delegasi perniagaan, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan medianya pada Isnin (26 Sep).
"Singapura dan Laos saling menjalin hubungan yang erat dan muhibah, dengan memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang baru seperti tenaga dan kemampanan," menurut kementerian tersebut.
Lawatan Encik Phankham akan disambut penuh istiadat di Istana pada Rabu (28 Sep) dan beliau dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah Yaacob dan PM Lee.
Beliau juga akan diraikan dalam satu jamuan tengah hari yang akan dihoskan oleh PM Lee.
Kedua-dua pemimpin dijangka akan menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian dua hala, yang "akan mengukuhkan mekanisme dialog antara kedua-dua kementerian luar, di samping mempertingkatkan kerjasama dalam bidang tenaga, alam sekitar dan digital", menurut MFA.
Dalam lawatan tersebut, Encik Phankham juga akan bertemu dengan Encik Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial.
Kacukan bunga orkid yang baru juga akan dinamakan sebagai penghormatan kepada Encik Phankham dan isterinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.