Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Kanada kunjungi Fort Canning beri penghormatan kepada moyang; terharu dengan hubungan keluarga di S'pura

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau meluangkan masa untuk satu misi peribadi semalam (15 Nov) semasa lawatannya ke Singapura - iaitu memberi penghormatan kepada moyangnya, Esther Bernard di Fort Canning.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Kanada kunjungi Fort Canning beri penghormatan kepada moyang; terharu dengan hubungan keluarga di S'pura
Diterbitkan : 16 Nov 2018 11:10AM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 11:13AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau meluangkan masa untuk satu misi peribadi semalam (15 Nov) semasa lawatannya ke Singapura - iaitu memberi penghormatan kepada moyangnya, Esther Bernard di Fort Canning.

Mendiang Cik Bernard adalah anak perempuan Mejar Jeneral Willam Farquhar, Residen British dan Komandan Singapura pertama dari 1819 hingga 1823.

Plak beliau boleh dilihat pada tembok Canning Green. Ia juga adalah salah satu daripada sekitar 400 batu nisan para penduduk yang tinggal di kawasan tersebut pada abad ke-19, menurut catatan Facebook NParks.

"Saya sangat terharu dapat melihat sendiri sejarah keluarga saya, dapat menghargai pertalian silang-menyilang yang membentuk sejarah kami dan ia detik yang membanggakan untuk mengimbas hubungan dan laluan yang membawa kepada Kanada, dari sejarah awal Singapura," kata PM Trudeau.

Ini merupakan lawatan sulung PM Trudeau ke Singapura sebagai Perdana Menteri. Selain menyertai Sidang Puncak ASEAN ke-33, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Halimah Yacob serta beberapa kumpulan niaga dan para pemimpin ASEAN.

PM Trudeau dijadual pulang ke Kanada esok (16 Nov). 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan