Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Jepun bakal bertemu Puan Halimah, PM Lee semasa lawatan rasmi ke S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa lawatan rasminya ke Singapura mulai esok (10 Jun) hingga Sabtu (11 Jun). 

Encik Kishida yang menyandang jawatan pada Oktober tahun lalu, diundang ke Singapura oleh PM Lee, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (9 Jun). 

“Lawatan tersebut mengesahkan hubungan yang sangat baik yang terjalin antara Singapura dengan Jepun. Ia juga dibina berdasarkan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik pada 2021,” menurut MFA.

Pada Sabtu (11 Jun), Encik Kishida akan menghadiri majlis sambutan rasmi di Istana. 

Beliau akan bertemu dengan Puan Halimah dan PM Lee. 

PM Lee juga akan menganjurkan jamuan rasmi tengah hari.

Sejenis bunga anggerik hibrid baru akan dinamakan sempena nama Perdana Menteri Jepun itu semasa lawatannya, menurut MFA.

Esok (10 Jun), Encik Kishida akan menyampaikan ucapan beliau di Dialog Shangri-La.

Ini akan menjadikan beliau pemimpin Jepun pertama yang berbuat demikian sejak 2014, menurut pemerintah Jepun.

Forum tahun itu akan dihadiri oleh menteri pertahanan, pegawai dan pakar industri. Ia akan diadakan dari esok (10 Jun) hingga Ahad (12 Jun). 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan