Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Ismail Sabri adakan lawatan rasmi pertama ke S'pura esok

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Singapura pada Isnin (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Nov 2021 06:36PM Dikemas Kini : 28 Nov 2021 10:12PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Singapura pada Isnin (29 Nov).

Beliau bakal bersama-sama menyaksikan pelancaran Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) di Koswe yang menghubungkan kedua-dua negara.

Ia merupakan lawatan pertama seorang perdana menteri Malaysia ke Singapura dalam tempoh lebih tiga tahun, sejak mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad melakukan lawatan pada November 2018 dan pandemik COVID-19 menjejas perjalanan global.

PM Ismail Sabri akan menyaksikan pelancaran VTL bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (28 Nov), yang turut menyifatkan pelancaran itu sebagai "langkah besar dalam menyambung semula ketersambungan dua hala dan serantau".

Singapura juga akan memulakan VTL udara bersama Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada Isnin, dengan enam syarikat penerbangan ditetapkan menyediakan khidmat VTL.

Selepas pelancaran itu, PM Ismail Sabri akan menghadiri upacara menyambut tetamu di Istana, mengadakan pertemuan bersama Presiden Halimah Yacob dan PM Lee.

PM Lee juga akan menjadi tuan rumah bagi jamuan rasmi tengah hari sebagai penghormatan kepada PM Ismail Sabri, menurut MFA, sambil menambah bahawa orkid kacukan baru akan dinamakan sempena perdana menteri Malaysia itu sewaktu upacara di Istana.

PM Ismail Sabri akan diiringi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan Mohamed Azmin Ali, Menteri Ehwal Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan para pegawai kanan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan