PM India Narendra Modi di SG bagi lawatan dua hari
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Ministry of External Affairs, Government of India)
SINGAPURA: Perdana Menteri India Narendra Modi tiba di Singapura pada Rabu (4 Sep) dalam usaha "mendalamkan kerjasama strategik" dua hala.
Lawatan dua harinya ke sini adalah atas undangan Perdana Menteri Lawrence Wong.
Ia merupakan lawatan rasmi kelimanya ke Singapura dan lawatan pertamanya ke sini sejak 2018.
Pemimpin India tiba selepas lawatan dua hari ke Brunei Darussalam.
Kali ini, beliau diiringi Menteri Ehwal Luar India S Jaishankar, Penasihat Keselamatan Negara Ajit Doval dan pegawai-pegawai pemerintah yang lain.
Encik Modi akan disambut secara rasmi di Bangunan Parlimen pada 5 Sep.
Selepas itu, beliau akan bertemu Perdana Menteri Lawrence Wong dan kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman.
Semasa lawatannya itu Encik Modi akan mengunjungi Presiden Tharman Shanmugaratnam dan bertemu Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.
Lawatan Encik Modi itu juga diadakan menjelang sambutan 60 tahun hubungan diplomatik, serta ulang tahun ke-10 kerjasama strategik dua hala, yang berlangsung pada 2025.
Lawatan itu dilakukan pada awal penggal ketiga Encik Modi dan penggal pertama PM Wong. PM Wong memegang jawatan sebagai perdana menteri keempat Singapura pada Mei, manakala rakan sejawatannya dari India itu dipilih semula pada Jun.
Semasa di sini, Encik Modi juga akan mengambil bahagian dalam perbincangan meja bundar dengan pemimpin perniagaan, yang dianjurkan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).
Singapura adalah pelabur langsung asing terbesar di India, menyumbang hampir satu perempat daripada aliran ekuiti pelaburan langsung asing ke India.
Pelaburan India di Singapura juga telah berkembang daripada S$481 juta pada 2004, kepada kira-kira S$25.3 bilion pada 2022.

Sumber : CNA/AY/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.