Skip to main content

Singapura

PM beri kemas kini COVID-19, disiarkan jam 8 malam

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan memberikan kemas kini mengenai keadaan COVID-19 di sini yang akan disiarkan pada jam 8.00 malam ini (12 Mac). Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman Facebook Encik Le

Anggaran Waktu Membaca:
PM beri kemas kini COVID-19, disiarkan jam 8 malam

PM Lee Hsien Loong di NCID pada 31 Jan 2020.

Diterbitkan : 12 Mar 2020 07:18PM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 07:19PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan memberikan kemas kini mengenai keadaan COVID-19 di sini yang akan disiarkan pada jam 8.00 malam ini (12 Mac). Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman Facebook Encik Lee.

Encik Lee akan berucap dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

Ucapan Encik Lee akan disiarkan di CNA dan melalui radio di stesen CNA938, tambah kenyataan tersebut.

Ucapan itu juga akan distrimkan secara langsung di laman Facebook dan akaun Twitter Encik Lee serta saluran YouTube PMO.

Transkrip ucapan itu akan disediakan di laman web PMO sejurus selepas siarannya.

Ini adalah kali kedua PM Lee berucap berhubung keadaan COVID-19. Pada 14 Februari lalu, beliau memberi amaran bahawa virus itu akan mempunyai kesan ketara ke atas ekonomi Singapura.

Setakat Rabu, ada 178 kes disahkan positif COVID-19 di Singapura.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Selasa berkata bahawa Singapura perlu mengubah pendekatannya dalam menangani penularan virus itu kerana ia merebak di seluruh dunia dan kawalan sempadan menjadi kian kurang berkesan.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan bahawa kegiatan berkaitan dengan warga tua yang dikendalikan agensi-agensi pemerintah digantung selama dua minggu bagi membendung penularan virus tersebut.

Ini termasuk kegiatan yang diadakan di kelab masyarakat (CC), jawatankuasa penduduk (RC), pusat kegiatan warga tua, hab penuaan aktif, pusat CREST dan pusat sukan ActiveSG. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita