PM Anwar tiba di SG bagi Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim tiba di Singapura pada Khamis (4 Dis) bagi lawatan kerja sehari untuk menghadiri Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim tiba di Singapura pada Khamis (4 Dis) bagi lawatan kerja sehari untuk menghadiri Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
Pesawat yang membawa Encik Anwar mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Changi pada pukul 10.39 pagi.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Encik Anwar diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia Fadillah Yusof, Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi turut serta dalam delegasi rasmi.
Dalam lawatan kerja singkat itu, Encik Anwar dijadual menghadiri sesi Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 di The Ritz-Carlton Millenia pada awal tengah hari.
Kedua-dua pemimpin, Encik Anwar dan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong, juga dijadual menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian.
Kenyataan Bersama Pemimpin akan dikeluarkan pada penghujung sesi rahat tersebut.
Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia yang diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara merupakan mekanisme tertinggi untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta meneroka peluang baharu bagi memperkukuh hubungan dua negara jiran itu.
Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai S$101.85 bilion dari Januari hingga Oktober 2025, mewakili 13.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, menerusi catatan di Facebook, Encik Anwar berkata rahat tahunan itu menjadi platform penting bagi kepimpinan Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama dalam pelbagai aspek, terutamanya isu berkepentingan bersama.
“Sebagai negara jiran yang terdekat serta sahabat ASEAN, saya yakin hubungan diplomatik Malaysia dan Singapura yang semakin rapat dan kukuh dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, insya-Allah,” kata beliau.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.