PM Anwar Ibrahim dijadual sampaikan ucapan di Dialog Shangri-La
Anggaran Waktu Membaca:
PM Malaysia Anwar Ibrahim (Gambar: Bernama)
SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Singapura pada Sabtu (31 Mei) bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22.
Kementerian Luar Malaysia menyatakan bahawa sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, undangan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan kepimpinan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau.
“Dialog ini merupakan acara tahunan bertaraf antarabangsa yang menjadi platform kepada pemimpin dan pegawai untuk membincangkan cabaran keselamatan serantau dan global,” menurut kenyataan kementerian itu pada Jumaat (30 Mei).
Menurut pihak penganjur, Encik Anwar dijadual menyampaikan Ucapan Khas di Dialog Shangri-La anjuran Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (IISS).
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri Malaysia itu juga akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong.
Kedua-dua pemimpin dijangka akan menilai hubungan dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan isu-isu global yang menjadi kepentingan bersama.
Encik Anwar turut dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Pada 2024, Singapura merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan yang terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Perdagangan dua hala meningkat 8.9 peratus kepada RM396.22 bilion (S$121.09 bilion), membentuk 13.8 peratus jumlah perdagangan keseluruhan Malaysia.
Nilai eksport Malaysia ke Singapura ialah RM230.86 bilion (S$70.56 bilion), manakala import dari Singapura ke Malaysia bernilai RM143.73 bilion (S$49.93 bilion).
Kementerian Ehwal Luar Malaysia menyatakan sebagai jiran rapat dan rakan utama ASEAN, Malaysia dan Singapura menikmati kerjasama kukuh yang merangkumi pelbagai bidang.
Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.