PM Anwar akan sampaikan ucapan khas di Dialog Shangri-La ke-22
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim di puncak sidan ASEAN yang ke-46 di Kuala Lumpur pada 26 Mei, 2025. (Gambar fail: Jam STA ROSA / AFP)
Dalam satu kenyataan, MINDEF memaklumkan bahawa persidangan utama pertahanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik itu, yang dihoskan oleh Singapura, akan berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun.
Presiden Perancis Emmanuel Macron pula dijadual menyampaikan Ucaptama tahun ini, pada Jumaat (30 Mei).
“Edisi tahun ini, anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) akan disertai 47 negara, termasuk 40 perwakilan peringkat menteri, 20 ketua angkatan tentera, lebih 20 pegawai kanan pertahanan serta tokoh akademik terkemuka,” menurut kenyataan itu.
Presiden Tharman Shanmugaratnam akan menjadi tuan rumah bagi jamuan malam untuk para delegasi pada 31 Mei di Hotel St. Regis.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing akan berucap pada sidang pleno ketujuh pada Ahad (1 Jun) bertemakan “Meningkatkan Kerjasama Keselamatan demi Asia-Pasifik yang Stabil”.
MINDEF turut memaklumkan bahawa Encik Chan akan menjadi tuan rumah sesi meja bulat bersama menteri-menteri pertahanan yang hadir pada 31 Mei dan 1 Jun, serta mengetuai mesyuarat sarapan pagi bersama menteri-menteri pertahanan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan menteri dan pegawai kanan dari pelbagai negara di luar persidangan itu.
Sejak diperkenalkan pada 2002, Dialog Shangri-La telah menjadi platform terbuka dan neutral yang penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu serta inisiatif pertahanan dan keselamatan serantau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.